Maahad syamsul Maarif (P)
Maahad
syamsul Maarif (P) bermula pada tahun 1943, apabila ia telah dirasmikan oleh
Hj. Arshad yang mana beliau berkhidmat sebagai Imam Tua, surau Pulai Chondong
ketika itu. Pada permulaaan, pelajar ditempatkan di surau, namun sambutan baik
oleh masyarakat sekeliling menyebabkan kebanjiran pelajar. Sebahagian pelajar
terpaksa berpimdah ke luar surau. Sukatan pelajaran di peringkat awal ialah
mengenal huruf. Yuran sejumlah 30 sen sebulan di kenakan kepada setiap pelajar.
Pada tahun 1946, sekolah ini telah di pindahkan ke rumah penggawa Mahmood umtuk
mengatasi masalah kekurangan ruang pelajar ekoran pertambahan jumlah pelajar.
Akhirnya pada tahun 1947 dengan kesudian Allahyarham Abdul Rahman, mewakafkan sebidang tanah miliknya, maka sebuah bangunan yang sederhana dapat diwujudkan. Kejayaan ini adalah berkat kerjasama masyarakat tempatan. Lantaran itu, suatu bentuk pengajian yang lebih baik dapat dijalankan seiring dengan peredaran masa. Dalam tempoh yang sama, Ustaz Ibrahim bin Baba dilantik sebagai pengetua Maahad syamsul Maarif (P) yang petama.
Pada tahun 1949, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Ugama Islam Kelantan dengan sistem pembelajaran baru. Sehingga pertambahan kelas di sertai pertambahan pengajar. Pada 1 Januari 1949, Jabatan Sekolah-sekolahKelantan mengambil alih pentadbiran sekolah. Empat tahun kemudian, sekolah ini telah ditdbir oleh Yayasan Islam Kelantan.